Wednesday, July 28, 2010

Segitiga Exposure (Exposure Triangle)

Tidak kira apa jua jenama, harga kamera dari yang paling mahal (untuk profesional) atau kamera yang paling murah (untuk beginner), kamera perlu mematuhi 'syarat' Exposure Triangle - Aperture, Shutter Speed dan ISO.
Jika anda hendak COPY+PASTE nota ini, harap berikan kredit. Terima kasih.

Aperture:
Anggapnya seperti iris mata kita, jika persekitaran terlalu terang, iris menutup untuk menghadkan jumlah cahaya yang masuk ke mata kita dan jika keadaan gelap, ia membuka untuk lebih banyak cahaya masuk.

Semua kamera mempunyai 'iris' disebut aperture untuk mengawal cahaya masuk. Biasanya dilambangkan dengan huruf 'f' diikuti oleh stroke '/'. Seperti "f/2.8, f/4.1, f/8.0 ...". Ingat, semakin kecil nombor f-aperture maka lebih banyak cahaya masuk.

Shutter:
Ini adalah "kelopak mata" daripada sistem kamera. Mata manusia kita mempunyai 'shutter' terbuka sepanjang masa kerana kita perlu melihat gerakan. Namun, shutter kamera pula terbuka selama waktu tertentu untuk 'membekukan' bingkai dan dalam masa yang sama akan dirakamkan oleh sensor untuk menjadi foto. Ingat, semakin lama waktu shutter terbuka maka lebih banyak cahaya akan didedahkan ke sensor.

ISO:
ISO adalah untuk menunjukkan sensitiviti atau kepekaan 'filem' (sekarang ini sensor) terhadap cahaya. Ringkasnya, semakin tinggi angka ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Dengan sebab itu, dapatlah menangkap gambar lebih baik dalam persekitaran gelap. ISO adalah dalam kitaran angka 50-1600. Kebanyakan kamera moden menawarkan ISO hingga 6400 dan bahkan 12800 dan lebih lagi. Ingat, ISO yang lebih tinggi akan memberikan kesan 'noise', tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh mangambil gambar pula.

Jadi sekarang kita telah mengatahui 3 elemen ini digabungkan untuk mengawal jumlah cahaya masuk untuk merakamkan imej.

Aperture: Lebih besar aperture (f-number kecil), lebih banyak cahaya masuk, gambar nampak lebih cerah.

Shutter: Exposure yang lebih lama, lebih banyak cahaya masuk, gambar nampak lebih cerah.

Sensor (ISO): Jumlah yang lebih tinggi, lebih sensitif, gambar mampak lebih cerah.
Jika anda hendak COPY+PASTE nota ini, harap berikan kredit. Terima kasih.

Dengan pengetahuan ini, setiap elemen mengawal elemen tertentu dalam memberikan kesan terhadap foto yang akan dirakamkan. Bagaimana kita tahu apa yang harus disesuaikan dan apa yang harus digunakan?
Jawapannya - Anda perlukan latihan untuk memahaminya!
Jika anda hendak COPY+PASTE nota ini, harap berikan kredit. Terima kasih.



Anda boleh copy+paste nota saya tapi, berikan kredit: http://www.facebook.com/jurufoto

Terima kasih.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons