Wednesday, July 28, 2010

Bila masa Manual Fokus lebih baik dari Auto Fokus

Kamera-kamera canggih masa kini memang tidak dinafikan mempunyai sistem Auto Focus (AF) yang amat tepat dan baik. Malah, kadang-kala mengalahkan mata manusia (mungkin?)...

Tetapi kadang-kala, sistem AF ini juga ada 'kegagalannya' dan kita terpaksa beralih ke Manual Focus (MF). Mungkin kita pernah merakam gambar, 'apa ni! aku dah fokus baik-baik punya tapi gunung dibelakang yang sharp...'

Split screen

Jadi, bila masa MF lebih baik dari AF?
Tidak ada salah MF atau AF (atau nota ini). Kesemua mempunyai kelebihan masing-masing dan kedua-duanya boleh memberikan hasil yang terbaik. Ada kalanya kita perlu beralih ke MF pada situasi-situasi ini:

1. Makro
Apabila mengambil gambar makro, MF lebih berkesan kerana DOF yang kecil memberi kesan kepada 'ketajaman titik fokus' subjek anda. Anda boleh mengawal sepenuhnya fokus ke titik subjek dengan lebih baik dari AF.

2. Potret
Majoriti hasil gambar potret 'mesti' mempunyai mata model yang 'sharp'. Jika mata model tidak 'sharp' gambar menjadi tidak lengkap. Sebab itu lah apabila mengambil gambar potret, kita boleh mengawal mana 'mata' model untuk kita fokus.

3. Mengambil Gambar menerusi tingkap atau pagar
Jika anda ke zoo atau akuarium, sistem AF kadang-kala 'membosan'kan. AF akan 'hunting' kerana diperdayakan oleh pagar-pagar atau cermin. Sebab itu kadang-kala dapat hasil, pagar yang sharp harimau kabur....

4. Action Photography (ada translation tak?)
Kadang-kala apabila mengambil gambar sukan orang berlari, kereta lumba dan sebagainya menyebankan kita 'frust menonggeng'. Walaupun menggunakan 'Continuous AF'. kereta lumba tidak dapat difokus dengan tepat. Satu cara/teknik ialah tukar ke MF, pre-fokus satu titik dan 'shoot' pada titik fokus yang anda 'pre-fokus' tadi.

5. Low-light (ada translation tak?)
Mengambil gambar dalam cahaya malap, samar-samar kadang-kala menyebabkan sistem AF 'jadi gelong'. AF menjadi 'hunting' sampai kita 'fed-up'. Apa lagi? Tukar ke MF saja lah... hehehehe


nota ini di copy+paste sahaja sila ke kredit dibawah
kredit: http://www.facebook.com/jurufoto

Terima kasih.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons