Thursday, June 10, 2010

Perkahwinan Bulan Jun

Ramai yang berkahwin pada bulan ni..pergh memang letih bila nak memenuhi jemputan rakan-rakan mana tahu takut kalau berkecil hati jika tak datang padahal sudah dijemput..



Sepupu aku adalah salah seorang yang telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat malam Sabtu 04/06/2010 dan esok nya berlangsung majlis perkahwinan sebelah perempuan seterusnya dirumah lelaki pada 06/06/2010..

Pada aku memenuhi jemputan perkahwinan wajib..apalagi bila aku diminta untuk mengambil gambar...ini adalah kerja aku yang pertama dan 'pelanggan' aku adalah sepupu aku sendiri...pengalaman ini adalah sesuatu yang amat berharga yang takkan dapat dimana-mana.

Patutlah ramai photografer bermula dari saudara mara dan sahabat handai untuk bertapak dalam bidang nih, kerana mudah dan mesra dalam menentukan pergerakan pasangan pengantin dan keluarga. Aku tahu kekurangan pengalaman akan membuatkan gambar jadi berterabur,tak cantik dan macam-macam lagi hasil yang tak memuaskan..

Mujur juga aku pernah ikut mengambil gambar majlis perkahwinan beberapa orang rakan secara suka-suka sebelum nih..sekurang-kurangnya aku dapat belajar awal sebelum bermulanya tugasan sebenar..



05/06/2010
Majlis sebelah Perempuan
Fendi Dan Illa




05/06/2010

Aku sempat juga menghadirkan diri di majlis perkahwinan Shila,seorang rakan lama masa zaman sekolah menengah..ada beberapa shoot sempat aku rakamkan semasa photografer sedang membuat seisi outdoor..dan untuk tidak menghampakan aku, shila sempat luangkan masa bergambar dengan suami khas untuk dirakamkan lensa aku dipelamin. terima kasih shila.




shila dan ady


06/06/2010

Kenduri disebelah pihak lelaki adalah tugasan penuh untuk aku.





Ini adalah gambar perkahwinan rakan sekolah Yan aku dijemput sekali dan aku gunakan peluang untuk ambil gambar mereka untuk dijadikan kenangan..

Suhaimi dan Shafira




Kepada semua pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan, Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Dalam menempuh alam rumah tangga berbagai dugaan mungkin menguji keukuhan ikatan yang terbina maka sulamilah ia dengan kejujuran,hiasi dengan kasih sayang dan bentukkan dengan keimanan tak lupa juga kesabaran yang tinggi....aku tumpang gembira huhuhuhu...

p/s :ada tugasan dikampung lagi sempena majlis perkahwinan seorang sahabat lama 
Fakharuddin bersama pasangannya Azimah 12/06/2010

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons