Tuesday, June 15, 2010

Perkahwinan seorang sahabat lama

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah majlis perkahwinan Fakaruddin dan pasangannya Azimah telah selamat berlangsung dalam keadaan yang meriah.Perkenalan mereka telah bermula seawal tahun 2004/05 dan ada cerita disebalik penyatuan dua jiwa tersebut.



Jodoh pertemuan ditangan Tuhan dan aku amat gembira kerana aku yang telah perkenalkan mereka berdua. Menjadi penyebab kepada kebahagian mereka adalah sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku..

Kisahnya bermula bila aku berkenalan dengan Fida di Bahau, Negeri Sembilan kerana menyertai training untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia(masa ni aku belajar kat GIATMARA).Setelah selesai pertandingan aku masih berhubung dengan Fida sebagai kawan yang selalu berkongsi pendapat dan cerita.Aku sambung belajar di IKM,Fida belajar di Kolej Kejururawatan kot...dan dia mungkin selalu bercerita tentang aku kepada Azimah(pengantin perempuan) so kadang-kadang bila bersembang dengan Fida, si Azimah nih selalu gakla menyampuk bersembang dengan aku..



Bila masa cuti,aku balik ke Kampung...Faka tanya aku"takde ker awek2 yang leh kenalkan kat aku?" ha inilah titik tolak dalam cerita mereka...aku bagi no phone Azimah kat Faka..pendekkan cerita,aku pun tak tau camner Faka ni mengayat, so melekat la...

Aku kagum dengan Azimah kerana kesetiaan dia menunggu Faka, bila Faka masuk kerja sebagai NAVY..6 BULAN tak boleh berhubung dengan siapa-siapa..aku tahu kadang-kadang Faka curi-curi call or mesej Azi sebab aku pernah dapat 2,3 mesej dari Faka sendiri..mungkin itulah ujian yang menguatkan lagi hubungan mereka berdua sehingga dipertemukan jodoh dan duduk diatas pelamin sebagai pasangan suami isteri..


(gambar aku yang di shoot sendiri oleh pengantin lelaki dan perempuan)


Sebagai seorang sahabat yang telah lama bersusah senang bersama..

Ikhlas dari hati: 
SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT, AMIN.

p/s:faka/azi kalau ada silap dalam cerita aku nih sorry la,cerita dah lama tapi korang memang best.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons