Saturday, April 24, 2010

singkap kembali sejarah

rasa bersalah bila tak update blog nih walaupun bukan ada yang follow hahaha

semenjak dua menjak ni aku sering kalah dengan keadaan..ada banyak perkara yang menghalang aku dari terus memandang kehadapan seringkali aku menoleh masa silam, padahal tiada appa pun yang dapat dikembalikan lagi.

Dari dulu orang mengenali aku seorang yang jahat dan nakal malah aku pernah dapat title trouble maker.

Pelik jugak aku..aku ni bukan pernah cari pasal dengan orang..
selalunya orang yang akan cari pasal dengan aku atau kawan-kawan aku..

Prinsip aku tentang bab yang ni senang jer.."aku tak kacau kau, kau jangan nak kacau aku"
tapi mungkin juga ada benarnya cakap-cakap orang lain..yang aku ni jahat..jahat sebab suka ponteng kelas..panas baran..pendek kata jahat semua lah..

Pernah dulu aku pergi masjid untuk sembahyang mahgrib..seorang rakan sekolah nampak aku, esoknya kecoh kat sekolah yang aku nih pergi masjid.."macam tak caye ko gi masjid yek"
Hah! sampai camtu sekali orang fikir tentang aku.

tapi tak kisahlah, aku lagi suka orang ingat aku ni buruk perangai..daripada orang fikir aku nih baik..
nak tanya sikit..

KORANG TU BAGUS SANGAT KER?
KORANG TU BAIK SANGAT KER?

Sebenarnya diorang tak mengenali dalaman aku..luaran aku memang cukup terkenal..
pernah ker tetiba aku sepak terajang orang?aku takkan marah kalau tak bersebab..

terima kasih pada orang yang menilai kebaikan aku dari sudut yang berbeza..kerana korang dapat nampak sikap sebenar aku..menilai aku bukan hanya dari apa yang aku zahirkan..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons