Thursday, April 15, 2010

MENCARI TANDA CINTA

10.04.2010

“Jom teman aku cari cincin…”
Aku ajak yeop ikut aku,carikan sebentuk cincin..
“tapi Wan nak ikut gak tau..dia cakap dia kenal cina jual emas tu”
Rupanya Wan dah bersiap nak ikut sebab Siti ada benda nak beli kat Pertama Kompleks.
Kami pergi dekat Pertama Kompleks selesaikan urusan Siti then sempat lagi KOraOKe…
                                              (wan dengan siti)


“woi kedai tutup kul berapa?hari ni sabtu takut bukak sekejap jer”
“ala ko ni kalut sangat r,sampai petang dia bukak kedai..takde lari cincin kat situ”cakap Wan melegakan aku…

Dalam kepala otak aku..bila lagi nak cari kalau bukan hari nih..esok dah ahad confirm tutup kedai.
Isnin plak aku dah nak exam jkr…pening tul…

Sampai kat kedai dekat jalan tunku abdul rahman ada satu kedai emas kecik jer…
haiya amoi mau cari cincin apa lagi? You punya leng chai mau kahwin satu lagi ka?”
Hahahhaha kelakar punya soalan..ada ker dial eh Tanya Siti soalan camtu..
Wan dengan Siti baru kahwin tahun lepas. Dengarnya kat sini la diorang beli cincin.

“bukan la,ini saya punya sedara mau cari cincin untuk merisik..kasi tunjuk sama dia la.”
“ok you leh tengok ini cincin, macam-macam jenis ada. Berapa you punya budget?”

Aku ni bukan r kaya tapi bila orang Tanya budget ni yang aku tak minat..biar aku tengok dulu mana yang berkenaan soal duit perkara no.2

Tapi selalunya apa yang aku minat mesti mahal..pelik betul aku.
baju yang tengok cantik, harga beratus..kasut yang aku berkenan..harga beratus tapi aku tak pernah beli pun baju beratus kecuali sales,macam kat SOGO ker.

“ini cantik Faiz” Siti tunjukkan satu cincin pada aku.
Hurm…rupanya susah gak mencari cincin nih..dulu masa aku beli cincin untuk Yan hadiah birthday dia pun awek yang jual tu rekomen..

“ni cantik bang..kalau abang pakwe saya, saya mintak belikan yang ni” hehehe apa r awek jual cincin ni.
“cantik”jawapan Yan buat lega aku.

Sekarang bukan nak cari cincin birthday cam dulu tapi ni cincin untuk merisik..
Aku dah Nampak satu yang berkenan dan seperti biasa harga dia mesti lagi mahal dari yang Siti pilihkan..

“yang ni terlampau banyak corak la.” Hish Siti ni saper yang nak pakai? Ko ker Yan?

Lastnya aku ikut gak r pilihan Siti, lagi pun cantik gak..betul gak cakap dia ni cincin merisik bukannya nak lawa-lawa sangat.
Eh? untuk orang yang aku sayang apa salahnya?

“sebab mata you sama macam I kira harga kasi murah la” ada pulak harga mata sama? 
Memang tak nafi mata aku sepet macam cina.
Ye la opah sebelah mak aku cina..tok aku pulak dengarnya mamak..banyak kali orang cina speaking cina dengan aku..terpinga-pinga aku macam apa ntah heheheh..
Bapak aku jer pior Melayu itu pun aku dengar dari keturunan pagar ruyung. Ye ke?
ntah lah..yang penting aku Islam.Alhamdulillah.

So cincin dah ada dalam poket…tak sabar rasanya nak balik..bagi kat mak aku..
17/04/2010 lepas asar suruh keluarga aku pergi rumah Yan. Semoga segalanya berjalan dengan lancar…AMIN..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons