Tuesday, March 23, 2010

taman permainan:terakhir dalam penantian...

Taman Permainan

pernah aku coretkan kisah sebenar....

Taman Permainan II

kisah yang mungkin pernah berlaku

Dan sekali lagi aku kembali menjejaki realiti dalam kehidupan setelah bertahun melangkah meninggalkan pentas permainan..

Dalam mengejar impian dan kejayaan, aku berusaha menempa hati agar tak lemah dan berpaling pada memori silam yang ingin aku hakis bersama pantasnya masa berlalu.
2001
membawa erti yang amat mendalam pada kehidupan aku..selaku pelajar yang ingin mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup sendiri agar tak ketinggalan jauh dari orang lain..

KELAS menjadi KOKUN agar METAMORPHOSIS menghasilkan rama-rama yang cantik..

Mengenali Autumn dan tertarik dengannya.
musim luruh...air matanya seumpama dedaun yang gugur

jadi penghias duka..penawar hati..pencipta senyuman..

Disini..
satu masa dulu...
semarak impian menghidu harumnya sebuah ikatan...
2002
Tahun yang perit..pahit untuk dikongsikan..
hilang arah selama 3bulan..setelah Autumn berlalu pergi..
"pandai berlari tetapi tidak pandai mengejar"

merokok..ponteng kelas..merayap dari tengah malam hingga ke pagi..
tapi siapa yang tahu?
yang rosak diri sendiri..sedangkan hari ini adalah permulaan dan langkah untuk hari esok..
duka dihati tak perlu menyeksakan diri.kerana kamu akan terus sakit..dan dia akan terus menyakiti..

Dan kembali menjejak kekuatan untuk terus berdiri..
menjumpai arah tuju setelah jatuh berkecai sekeping hati yang ingin dibawa berlari..
ada seseorang berdiri dibelakang ku terus kukuh sudi menjadi paksi..

tapi sayangnya ujian datang lagi..
luka ditangan meninggalkan parut yang sampai sekarang masih berbekas..
sahabatku bertukar jadi musuh..kerana apa?
kerana

antara sahabat..kekasih..dan rakan-rakan..hilang sekelip mata..
malah ada kenyataan berbangga dengan keadaan tersebut..

"jangan berkawan dengan dia,trouble maker,budak setan!"

HAHAHAHAHAHAHA....

aku tergelak kuat bagi menutup kesedihanku.
aku berjalan dalam hujan agar dapat menangis....
dan air mata itu tersembunyi bersama titisan hujan.
tapi Autumn yang masih terkesan dihati.
2003
Bersungguh...
mahu ianya tidak tamat hanya disitu...

belajar..
belajar..
belajar..

Tebus semula kesilapan dan kegagalan..

ada sahabat bersama susah dan senang..
lelap dikaki lima..
santapan satu helaian..

kini jadi memori cuma, ah...sayunya mengenangkan masa dulu..

Zonan~dimana?
ikatan Final Asura perlukan mu

cukup indah kenangan itu hinggakan tak sedar sekali lagi dukacita menanti dihujung waktu..
2004
bingkas bangun setelah berkenalan dengan kekecewaan,kedukaan,putus asa...

putus asa??? no way!!!

today im nobody but someday i will be somebody...

satu malaysia aku tawan!!!
satu sejarah aku cipta dengan berkat tunjuk ajar..
tapi ianya cuma satu lagi anak kunci kegagalan..

aku terus melangkah,,lemah,,,dalam firasat aku...
ini adalah kekuatan yang tak kelihatan..
2005...
sekali lagi mengenal erti cinta..tapi tak kekal lama..
episod baru penempaan hati bermula..
segala yang pernah ada ditinggalkan..

kononnya ingin memijak orang lain demi dijadikan anak tangga dalam menempa hati dan mencipta dunia..
ada seseorang yang aku tinggalkan dibelakang..
2006
temengah-mengah aku mencari dan menjejaki orang itu..
melutut..merayu agar aku akan sentiasa dihati...
terus meletakkan harapan..masa depan dapatku lihat bila mata dipejam.
sesungguhnya kelam juga menanti..

"mana ada orang yang mampu melihat masa depan?
pejam mata..itulah masa depan..gelap.."bisik hati ku

cabaran dan dugaan sudah biasa..
tetapi ini adalah cara mencipta senyuman diwajahnya..

dalam hati bertekad:~
hidup aku adalah untuk memenuhi janji yang telah aku ikat kepada dia,engkau dan mereka yang telah meletakkan janji ditapak tangan ku..
2007
mengikut tawarihnya ini satu lagi jejak yang tak patut dilupakan..

hingga 2 tahun menanti...

2tahun menempuh dugaan dan cabaran..2tahun berada dibawah..dihina..

kerana hanya berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah..

aku ditolak oleh rakanku..betapa hancurnya hati...
betapa luluhnya rasa...

tapi aku yakin tuhan Maha Adil...ketentuanNya bukan kudrat kita mengubahnya..

"setakat pandai speaking naper sekadar kerja kampung...?"

aduh.....

inilah tangga yang aku perlu daki rupanya.....
2008
pandai pula mencari setelah kaki dijejakkan ke ibukota....
kerana apa????aku berdiri lebih gah???aku menongkat langit???

disini jelas kelihatan erti persabahatan hanya mimpi aku seorang..apa yang tertulis dari tinta hitam hanyalah perkataan demi perkataan dalam cebisan kertas...akhirnya aku simpan dalam peti..jadi kenangan yang mengingatkan aku..
satu masa dulu engkaulah sahabat aku..
2009
dibukakan pintu rahmatNya yang selama ini tidak pernah tertutup buatku..
aku sekali lagi menginjak kelemahan yang pada satu masa dulu jadi modal untuk dicerca..

tapi adakah perlu aku ungkit kembali??

tidak sama sekali..persahabatan aku bukan untuk ditukar menjadi sesuatu yang akan digunakan sebagai benteng menentang sesiapa..atau berusaha mencari kelemahan daripada satu kepercayaan..

aku faham..aku berada diatas....tidak mungkin untuk
selamanya...esok lusa dibawah kembali.

~umpama roda~kekadang diatas~kekadang dibawah~

april~episod duka~

kehilangan yang jelas~3pagi dari Metropolitan ke Argentum

"maafkan saya..."ratapku disisi tubuh kaku yang telah pulang menunaikan janji padaNya

cuba untuk tidak menangis,kerana ego seorang lelaki...air mata ditahan biar hati pedih..
biar yang luka itu hati..biar yang sakit itu hati...
"senyumlah agar orang lain turut tersenyum"

2010 ........................................................................................................

aku tak mampu meramalkannya..
tapi ada harapan ingin menyatukan apa yang telah hilang..

ingin memohon maaf pada setiap salah laku aku...

suku tahun akan berlalu,pantas tanpa dapat dikutip kembali apa yang telah hilang..
tahun-tahun yang lalu pun begitu...
apa yang terlepas kadangkala dapat dicari dengan hanya bertanya..
tetapi ada juga yang tak tercapai walaupun hanya didepan mata..

Taman Permainan:sekolahku......legasi yang menjadi bagasi merantau di muka dunia...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons