Thursday, March 18, 2010

Satu langkah lagi..

13.03.2010

Aku balik ke kampung.sempena perkahwinan kawan aku masturah zainal 13.3.2010 dan kakak angkat aku pada 14.3.2010....

                                                  semoga bahagia

Selain dari memenuhi jemputan walimatulurus,aku ada agenda aku sendiri iaitu shooting gambar wedding..
ada angan2 nak jadikan hobi sebagai bisnes satu hari nanti..

tambahan plak ada seorang rakan nakkan aku amik gambar kawen dier nanti..sedangkan aku nih zero...
dari bidang ARChitecture nak masuk dunia Photografi?

so kena r usaha kuat sikit nak memenuhi permintaan seorang sahabat...

__________________________________________________________________________________

bukan ni yg aku nak ceritakan sebenarnya...

balik dari rumah kenduri aku singgah ke rumah Yan..
sementara nak tunggu kak yati bersiap sebab kitaorang nak kuar p teluk batik..bapak Yan datang dekat aku..

"hah!amende ko nak cakap faiz?"
terkedu aku kena sergah...

"kamu betul ker nakkan si Yan nih?pakcik takde masalah klu kamu betul nak..klu nak tunggu kamu cakap rasanya mau terkencing kamu"
hahahaha...soalan maut dari seorang bakal bapak mertua..

dipendekkan cerita..aku bersembang dengan dia..dan dia setuju kalau aku bawak keluarga aku datang ke rumah..
                                     muka lepas habis cakap dengan pakcik


fuh lega....rasa macam dah nak jadi nih...aku senyum meleret...Yan pun sama..masing2 faham..apa yg kami lalui tadi buatkan hati berbunga2..

jeng..jeng...jeng...
ada satu lagi masalah...
cam ner nak cakap kat bapak aku plak??
mak aku dah tau...tapi dengan bapak aku nih lain sikit...aku pening jap..


                                 senja di Teluk Batik



14.03.2010

p kenduri kak rozie plak..

                               semoga berbahagia kak rozie dan abang anuar


Petangnya aku dah nak balik K.L tapi sebab hujan aku tungggu...
 ayah aku turun ke dapur...

"saper nak tea 0 laici?"


uik?bila masa ayah aku pandai wat air camni?nih mesti kawan2 dier yg ajar...
tgh dier duk mimum...slow jer aku datang...

"ayah..faiz ada benda nak cakap nih"
takut gak nak cakap...

"faiz nak kahwin!"

zzzzzzuuuuuuuuuuuuussshhhhhhhhhhhhhhh..............

pendek citer..ayah aku cakap

"ko set kan tarikh nanti kita p jumpa kuarga dier"

ya Allah...leganya rasa bila dapat cakap camtu..
dan aku terus bersiap untuk balik K.L....

Ramai daripada rakan2 aku akan menamatkan zaman bujang diorang pada tahun nih.. Pada yang dah selamat...semoga korang bahagia..pada yang belum..harap sabar menanti hari bahagia masing-masing...
Rupenyer ni r perasaan orang yang rasa bahagia nak kahwin huahahahhaha

GILER R SEPANJANG JALAN AKU SENYUM..RASA BAHAGIA...BELUM KAHWIN LAGI DAH RASA MACAM NI...
aku pernah berjanji pada Yan supaya bagi aku masa 2tahun..setahun dah berlalu..dan sekarang aku sedang menunaikan janji aku...matlamat hidup aku adalah untuk menunaikan janji aku pada Yan..Selangkah lagi dalam jalinan perhubungan yang telah bertahun kami pertahankan..

 semoga urusan kami berdua dipermudahkan Allah...Amin



Reactions:

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons