Wednesday, February 24, 2010

kerja yang bosan

dalam keadaan ekonomi sekarang yang sentiasa tak menentu,serta khabar angin yang bertiup mengenai kelembapan ekonomi negara, tak perlu aku merungut tentang pekerjaan sekarang..


aku bekerja dalam jabatan kerajaan,gred17 cuma. selalu mengikat perut menahan bulan2 seterusnya..
walaupun kadang-kadang merasakan betapa banyak gaji yang aku dapat hanya datang,main facebook,buat blog,download dan macam2 lagi..


sebenarnya aku bosan dengan kerja aku yang macam nih..aku mungkin jenis yang menghasilkan produk tapi bukan jenis memasarkan produk..aku bekerja dalam jawatan bidang teknikal tetapi kerja aku dalam bidang pengurusan...
aku tak berminat langsung!!! 


bayangkan klu seorang pelukis pelan wat kerja kerani. akauntan buat kerja jurutera...anggaplah begitu
aku mahukan sesuatu yang mampu buat aku berusaha lebih gigih, mampu meningkatkan kemahiran diri...mampu menyumbangkan sesuatu...dan paling penting seronok dengan kerja aku..


bukan tak bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi tapi hakikatnya kepuasan dalam bekerja itu tiada...
dalam ramai yang diluar sana mencari peluang pekerjaan aku pula sibuk mencari kelemahan dalam pekerjaan aku sendiri..


ya tuhan aku bersyukur padaMu kerana memberikan limpah kurnia yang tak terhingga pada aku..

Reactions:

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons