Friday, October 2, 2009

sadness

2 Okt 2009
22.26

TIBA-TIBA ADA SESUATU MENGUSIK PERASAAN AKU..MEREMUKKAN JIWA AKU,MELUKAI SANUBARI YANG TELAH SEKIAN LAMA TIDAK BERTAMUKAN SEPI...

Aku kira mungkin kerana hati aku terusik melihat seseorang yang sengaja mempermainkan hati aku..DIA bergembira...TAPI tak endahkan aku...aku cuba mendalami semula,apakah ini kemahuan hati atau sekadar kemahuan fikiran?
sedangkan aku dah nnyatakan bahawa hanya seorang insan akan bertakhta dalam hati aKu tiada pengganti dan takkan ada insan setanding beliau....tapi adakah aku seperti menipu diri sendiri?ada terdetik disudut hati aku berubah kasih.MENGHARAP....
ADAKAH INI SILAP AKU SENDIRI KERANA MEMBIARKAN PERASAAN AKU TERUSIK HANYA DENGAN KEHANGATAN SEMENTARA?

Hari raya yg lepas aku sambut dengan kesederhanaan..cuba membuat insan tersayang gembira...memenuhi segala kehendaknya..tapi masih ada sentimental datang menjengah dalam ruang hati yg selama ini tertutup untuk SEPI

Mencari-cari apakah dalam hati aku sengaja memberikan peluang pada kesedihan masuk?

Mencari-cari apakah gembira menyahkan diri?

Petang tadi aku jumpa jawapan yg membuat aku resah....

03/04/2009

Faiz.....Mak dah xada...

terkedu aku....

2 MINGGU SEBELUMNYA

"kenapa saya plak nak hantar yan?yeop kan ada.jangan plak sebab sy kawan ngan dia yeop lepaskan tggungjawab dia sbgai abang pd org lain!"bentak aku pada mak yan..

itu hanya menambah duka dalam hati seorang ibu..pada dia aku seperti anak sendiri.selama ni apa yg aku buat adalah betul sekali pun aku cuma kekasih pada anak perempuan beliau...

ada rasa yg terbuku dalam hati aku
kecewa dengan sikap yeop yg xpedulikan tggjwb sbgai abg dan mharapkan orang lain membantu keluarga dia sendiri!

dan ketika itu aku meluahkan perasan geram aku pada makcik...aku terlepas...

dan itulah kata-kata terakhir dari aku untuk makcik....
__________________________________________________________________
3.00AM

Aku bertolak dalam keheningan pagi dari kl ke perak...

8.00am

aku lihat sekujur tubuh kaku.Ya Allah......sesaat pun tidak akan dapat aku nyatakan kemaafan aku pada beliau...sesaat pun xkan mungkin kembali lagi..xkan mungkin!!!!

SEMINGGU SEBELUM

"Yan...Faiz marahkan Mak ke?"
"Agaknya selama ni kita dah susahkan dia,asyik mengharapkan dia...."

"xde r Mak,faiz marahkan yeop tu..."

"kamu nanti jangan susahkan faiz ye"

menangis Yan bercerita pada aku kerana melukakan hati Makcik...
pesan makcik padaYan...rupanya itu pesan terakhir beliau....

aku pulang dari k.l ke kampung sekejap dan xsinggah pun rumah Yan,kenapa?kenapa aku tak digerakkan hati supaya singgah sekejap?

terkenang aku pada raya tahun lepas,aku bakar lemang dengan makcik..tapi tahun ni?aku cuba menahan segala kesedihan aku...tertekan dalam hati...biar aku pendam kerana aku tak mahu melihat mutiara air mata jatuh pada hari kemenangan ini...lemang yg aku makan hanya mengingatkan aku pada makcik..mengalir airmata aku dalam setiap gigitan...

berdosanya aku......

YA ALLAH
AMPUNKANLAH DOSA2 MAKCIK YG TELAH LEPAS...TEMPATKANLAH ROH BELIAU DIKALANGAN ORANG2 YG BERIMAN...JADIKANLAH KUBUR MAKCIK TAMAN2 SYURGA BUKAN TAMAN2 NERAKA...AKU MENGHARAP SEGALA YG BAIK HANYA PADAMU TUHAN ALAM SEMESTA...
AMIN..

AL-FATIHAH BUAT MAKCIK


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons