Sunday, October 4, 2009

PROPOSAL DAIsaKUSEN



Pagi ni aku boring duduk kat rumah sewa so aku pun belek apa dvd yg ada dalam simpanan aku.aku jumpa satu dvd cerita jepun proposal daisakusen....cerita berkenaan seorang lelaki yang tidak dapat meluahkan perasaan pada seorang gadis yang juga teman dari kecil..
cerita berkisarkan bagaimana dia diberi peluang oleh 'angel' untuk pulang ke masa silam dan memperbetulkan kesilapan beliau supaya dia dapat menyampaikan hasratnya..

jalan cerita ni mengingatkan aku pada zaman sekolah...rasa macam nak putarkan kembali masa dan perbetulkan kesilapan lalu...

rasa terbawa-bawa dalam setiap kenangan pada masa tu...

kadang-kadang kita tak sedar bahawa apa yg kita dapat sekarang ada kaitan dengan masa lepas.setiap yg kita lakukan sekarang mempengaruhi kehidupan masa depan kita..cerita ni bagi aku lebih kepada menghargai masa bersama seseorang yg kita sayang sebelum kita kehilangannya...

dan apa yg aku rasa sekarang mungkin atau lebih kurang sama dengan apa yg dilalui oleh watak lelaki tu...tapi bukan meluahkan rasa sayang tapi lebih kepada memperbetulkan kesilapan.

ada hubungan yg aku kena jaga sekarang dan ada hubungan yg tak sepatutnya mengganggu...bagaimana pun aku masih lagi merasakan yg kehilangan seseorang ini menghilangkan satu isi yg sepatutnya menjadi sebahagian daripada cebisan hati yg xsempurna lagi.

adakah aku mula mencintai seorang yg tak sepatutnya aku jatuh cinta?atau aku akan terus menipu diri sendiri agar jangan terus mengejar kesilapan ini.?disaat inilah aku perlukan ketenangan yg telah pergi.dibawa pergi oleh kesilapan dalam meneruskan apa yang telah aku mulakan.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons